Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Contoh RPH Didik Hibur Tahun 4

TEMA KEKELUARGAAN TAHUN 4 MELUR TAJUK Keluargaku MASA 9.30 – 10.30 pagi STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:   i. 1. Menyebut   lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur. AKTIVITI 1.     Murid menonton klip video iklan Hari Raya terbitan Petronas dan bersoal   jawab tentang klip video. 2.     Murid diperdengarkan lagu “Can Mali Can”. 3.     Murid membaca lirik lagu “Can Mali Can”. 4.     Murid menyanyi lagu “Can Mali Can”   dengan iringan muzik. 5.     Menyatakan nilai murni yang terdapat dalam lirik lagu dalam aktiviti secara berkumpulan. 6.     Menyenaraikan kata ganti nama tunjuk dalam lirik lagu dan menuliskan ayat

Kandungan Tatabahasa ( Sintaksis. ) KSSR BM Thn 4.

1.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Hal ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti yang berikut: a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang. e. Binaan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal iii. ayat terbitan atau ayat majmuk f. Proses ayat terbitan: i. proses penggantian ii. proses pengguguran iii. proses penyusunan semula iv. proses peluasan Sistem Ejaan Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasa

Kandungan Tatabahasa KSSR BM Tahun 4

Kandungan Tatabahasa Terdiri Daripada Morfologi Dan Sintaksis. 1.1 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama. a.     Struktur kata merujuk pola suku kata   bagi: i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa Melayu b.     Bentuk kata terdiri daripada: i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata ganda iv. kata majmuk c.     Proses pembentukan kata meliputi: i. pengimbuhan ii. penggandaan iii. pemajmukan Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu

BM KSSR

BAHASA MALAYSIA KSSR PERANAN BAHASA MALAYSIA * Bahasa Kebangsaan * Bahasa Rasmi * Bahasa Perpaduan Negara * Bahasa Ilmu * bahasa Penghantar Di Sekolah MATLAMAT BAHASA MALAYSIA * Berketerampilan berbahasa * Boleh berkomunikasi * Memperoleh pengetahuan ilmu, kemahiran, nilai, idea * Perhubungan sosial KURIKULUM BERASASKAN STANDARD Standard Kandungan: Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran: Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kembali kepada asas ( back to basic ) * Pradengar    * Prabunyi    * Prabaca   & Pratulis Pendekatan Modular * Mendengar dan bertutur * Membaca * Menulis * Seni bahasa * Tatabahasa Didik Hibur Didik hibur merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang santai dan menyeronokkan secara teranca