Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR

Kata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang:  (a)     konkrit , iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat. (b)    abstrak , iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. •        Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. •        Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu - pengetahuan . KATA GANTI NAMA TUNJUK •           digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat. •           ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu .  Kata Ganti Nama Tunjuk Penggunaan Ayat contoh ini Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat. Ini jalan ke rumah Tok Penghulu. Bilik ini telah lama dikosongkan. itu Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh. Pemuda it

Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru

Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru  di sekolah ini. Hadirin  sekalian,      Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru . Hari ini merupakan hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.  Rakan-rakan  sekalian,      Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.      Guru juga adalah   ibu bapa kita di sekolah .Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segal

ucapan sempena Hari Guru

Contoh ucapan sempena Hari Guru Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru 2013 Bismillah hirrahman nirrahim,             Yang Berbahagia YDP PIBG Sk Seri Kg Tengah En. Abdul Wahib bin Mahmud. Yang Berusaha Guru Besar Sk Seri Kg Tengah En. Md Hatta bin Samian, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.             Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam Mercu di Hari Guru.             Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,             Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,             Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,             Jika hari ini seorang ulama yang mulia,             Jika hari ini seorang peguam menang bicara,             Jika hari ini seorang penulis terkemuka,             Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,             Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.             Bicara saya dimulakan dengan deklamasi petikan sajak yang saya d