Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014
laman kamus DBP online

Format Bengkel Kursus DSKP BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 5 2014

Format Bengkel Kursus DSKP BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 5 2014 STANDARD PEMBELAJARAN: 1.5.1 – Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang   betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai. FOKUS KEMAHIRAN PENEKANAN CADANGAN AKTIVITI STRATEGI/ TEKNIK BAHAN ASPEK PENILAIAN UNSUR KBAT CADANGAN PETA PEIMIKIRAN Mendengar dan bertutur 1.   Bercerita tentang sesuatu perkara 2. Sebutan   dan intonasi yang betul 3. Ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai. 1. Murid bercerita berdasarkan gambar 2. Murid bercerita berdasarkan klip video. Strategi: ~TMK ~Kemahiran berfikir ~kontekstual ~kontruktivisme Teknik: ~Bercerita (Unsur Didik Hibur-bahan) ~Permainan (Unsur Didik Hibur) ~ kad gambar ~ komputer klip video Menilai dalam aspek: ~Kemahiran menyampaikan cerita dengan sebutan da

Latihan Tatabahasa (Kata Adjektif)

Latihan Tatabahasa (Kata Adjektif) Nama:_____________________________ Tahun:_______________ Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut. 1.    Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu. [pahit/manis/pedas.] 2.    Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan       itu .[lembut/panjang/usang] 3.    Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ . [hancur/retak/pecah] 4.    Pokok-pokok yang  ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan  segera. [condong/bongkok/jatuh] 5.    Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya  semalam telah  _____________________. [tengik/busuk/basi] 6.    Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir] 7.    Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk. [keras/kaku/beku] 8.    Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan  ringan.[empuk/lemau/lembik] 9.    Biskut di dalam

Latihan Cuti Sekolah Setengah Tahun 2014

Nama:______________________________________  Tahun:______________________ Latihan Cuti Sekolah Garisi kesalahan dalam ayat-ayat di bawah: 1.     Adik gembira melihat abang yang baru pulang daripada asrama. 2.     Safwan suka makan goreng pisang panas yang dibeli oleh ibu. 3.     Dalam kehidupan, kita perlulah hidup saling bantu-membantu. 4.     Johari sanggup bertugas di perbatasan demi untuk keamanan negara. 5.     Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng dan mi rebus. 6.     Sultan Johor akan menyambut hari keputeraan beliau tidak lama lagi. 7.     Saya berharap rakan-rakan sekalian akan dapat memaafkan kesalahan saya. 8.     Mesyuarat itu diadakan ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul ketika ini. 9.     Beribu penduduk berkumpul untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu. 10.   Syamil berharap, dia akan dapat membantu kedua ibu bapanya apabila dewasa nanti. 11.   Semua murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sebaik-baik sahaja loceng b

Latihan pemulihan Bahagian C BM

SET 1 Latihan mengecam nilai. Bil Ayat Nilai 1. Hafiz merupakan seorang anak yang sangat patuh akan perintah ibu bapanya. 2. Hafiz sangat rajin belajar dan sentiasa berjaya dalam peperiksaan. 3. Dia selalu   mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. 4. Hafiz akan mengulang kaji pelajaran dan apa yang telah diajar oleh guru. 5. Hafiz sentiasa berusaha untuk   menjadi anak yang menyenangkan hati ibu bapanya. SET 2 Lengkapkan   nilai bagi setiap pernyataan yang diberi. BIL PERNYATAAN NILAI 1 Hamid suka menolong orang tanpa mengharapkan balasan. 2 Tidak bersikap sombong terhadap orang lain setelah berjaya . 3 cukup dengan apa yang ada. 4 Fahmi sentiasa mendengar arahan