Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Latihan Bahagian C UPSR -Pantun

Latihan Bahagian C. Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang kamu peroleh daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.   Buah delima pelbagai rasa,          Dipetik sebelum waktu senja;   Dari kecil hinggalah dewasa,          Ibu bapa membelai penuh manja.   Dalam sungai dipasang bubu,          Masuk seekor anak kelisa;   Sungguh mulia jasamu ibu,          Sepanjang hayat dikenang sentiasa.   Limau kasturi jangan dilupa,          Beli juga sebungkus asam jawa;   Tidakku lupa padamu bapa,          Sanggup berkorban harta dan nyawa.   Kacang dicampur santan kelapa,          Nasi berulam pucuk pegaga;   Terima kasih ibu dan bapa,          Bersyukur kita hidup bahagia. Nilai yang dijelmakan.   -  Membelai penuh manja (Kasih sayang)   -  Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)   -  Berkorban harta dan nyawa  (Bertanggung

bila diri disayangi

contoh karangan laporan perkhemahan

Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti perkhemahan unit beruniform. Sebagai setiausaha Persatuan Pengakap, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.Tulis laporan kamu itu selengkapnya. Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Lenga, Muar. Pada 20 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013, Sekolah Kebangsaan Lenga telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform di Kem Bekok. Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam. Sebanyak 120 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta dan guru menaiki tiga buah bas yang disewa khas untuk ke kem tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah. Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru pengiring Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah merentas halangan, ikhti

contoh karangan ucapan UPSR.

KARANGAN UCAPAN Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan ucapan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat. Karangan ucapan ada beberapa jenis seperti; • ucapan perpisahan • ucapan takziah • ucapan tahniah • ucapan penerangan • terima kasih Untuk penulisan ucapan, biasanya suatu situasi diberikan .Anda dikehendaki menulis ucapan berdasarkan situasi seperti majlis keraian, perhimpunan, perpisahan dan sebagainya. Sebuah ucapan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut ; - Kata alu-aluan sebagai hormat kepada hadirin. - Kata alu-aluan   dimulakan dengan pengerusi majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya. - Ucapan atau panggilan kepada hadirin di tengah-tengah ucapan. Ucapan atau panggilan ini perlu ditulis sekurang-kurangnya sekali. Contohnya - Saudara dan saudari sekalian - Tuan-tuan dan puan-puan hadirin - Pelajar-pelajar sekalian - Rakan-rakan sekalian - Hadirin sekalian - Kata alu- aluan dianggap