Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan. Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan. Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Semua sekolah mempunyai perpustakaan sendiri. Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.             Antara kebaikan menggunakan perpustakaan akan memupuk semangat membaca kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.             Seterusnya , perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Ini juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.             Selanjutnya , kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpu