Catatan

Tips Bahagian C

Teknik Menjawab Bahagian C Langkah Penting Menjawab Bahagian C    1  Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi penting        penting dan kenal pasti nilai baik berdasarkan kehendak soalan. 2.    Pelajar mempunyai masa yang mencukupi. Bacaan pertama adalah        untuk memahami petikan. Bacaan kali kedua untuk mengenal pasti nilai       dan garisi ayat  yang ada nilai murni dan tuliskan nilai di tepi petikan             Contoh: Aku anak petani. Namaku Firdaus. Walau pun hidupku “ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.  Hubungan kekeluargaan kami masih erat . Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian kepada kami. Walaupun kami hidup susah, ibu tidak pernah mengeluh.           Harapan ayah dan ibu ingin melihat aku berjaya. Aku membuat persediaan awal untuk m...

Tips Pecutan Akhir UPSR

Tips UPSR : Bahasa Melayu Penulisan BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan. Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab. BAHAGIAN A   Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu: Langkah pertama Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau ...