KEMAHIRAN MENULIS DALAM KSSR TAHUN EMPAT
KEMAHIRAN MENULIS DALAM KSSR TAHUN EMPAT Konsep Kemahiran Menulis * Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. * Penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. * Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan. Prinsip Kemahiran Menulis * Kemahiran menulis mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis. * Melahirkan idea dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip ansur maju. * Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan. * Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan. * Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja. * Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik melalui penamb...