Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Karangan menyambung cerita.

Panduan menulis karangan menyambung cerita. 1. Pastikan membaca arahan dengan teliti. 2. Jangan menambah atau mengurangkan ayat atau perkataan dalam rangsangan diberi. 3. Jika arahan menghendaki disalin, sila salin tanpa menambahkan apa-apa perkataan pada     sebelum atau ditengah-tengah ayat. 4. Murid bebas menulis karangan genre ini kerana apa sahaja cerita asalkan berkaitan dengan     ayat  yang diberi akan diterima. 5. Murid amat dilarang mengakhiri cerita ini dengan mimpi kerana jika karangan mimpi akan      ada soalan khusus untuk karangan mimpi. 7. Pastikan cerita adalah logik dan berkaitan dengan ayat awal yang telah diberi. Contoh karangan: Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati ..... Arahan: Salin dan sambung cerita ini selengkapnya. Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati   melihat bud

Teknik mudah menjawab bahagian C UPSR 2014

Teknik menjawab bahagian C  UPSR. Kelemahan murid. 1.        Sering kali murid tidak dapat menjelmakan nilai seperti dalam kehendak soalan. 2.        Murid dapat menyatakan nilai namun huraiannya tidak merujuk kepada petikan yang diberikan. Walaupun huraiannya betul dan sesuai dengan nilai namun jika tidak merujuk petikan yang diberikan maka markahnya tidak cemerlang. 3.        Murid hanya menuliskan ayat dengan nilai sahaja dan tidak menuliskan huraiannya. 4.        Murid hanya meneka dan menuliskan nilai tanpa merujuk petikan. 5.        Murid gagal menuliskan nilai. (tidak memahami petikan). Cadangan mengatasi masalah ini: 1. Kembali kepada asas (back to basic) iaitu dengan kembali merujuki buku teks.  Kemahiran ini sepatutnya telah diajarkan kepada murid semasa Tahun Lima iaitu bermula  muka surat 18 dalam buku teks. Selusuri dan imbas kembali serta buat ulangkaji kembali cara dan teknik yang disarankan dalam buku teks ini. Buku teks Tahun Enam ada dinyataka