Karangan menyambung cerita.

Panduan menulis karangan menyambung cerita.

1. Pastikan membaca arahan dengan teliti.
2. Jangan menambah atau mengurangkan ayat atau perkataan dalam rangsangan diberi.
3. Jika arahan menghendaki disalin, sila salin tanpa menambahkan apa-apa perkataan pada
    sebelum atau ditengah-tengah ayat.
4. Murid bebas menulis karangan genre ini kerana apa sahaja cerita asalkan berkaitan dengan
    ayat  yang diberi akan diterima.
5. Murid amat dilarang mengakhiri cerita ini dengan mimpi kerana jika karangan mimpi akan
     ada soalan khusus untuk karangan mimpi.
7. Pastikan cerita adalah logik dan berkaitan dengan ayat awal yang telah diberi.


Contoh karangan:


Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....

Arahan: Salin dan sambung cerita ini selengkapnya.

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati
 melihat budak itu.aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Allysa.

Aku memujuk Allysa supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Allysa menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Allysa ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan menghantarnya pulang.

Aku menyuruh Allysa membonceng basikalku. Dalam keadaan panas terik, aku terpaksa mengayuh basikalku lebih berat daripada biasa menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ. Ini sungguh memenatkan. Namun, aku gembira kerana dapat menghantarnya pulang ke rumah.

Bajuku telah pun basah lencun dengan peluh setibanya kami di halaman rumahnya. Allysa kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum ia beredar ke rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka memuji tindakanku itu. Ayah menerangkan bahawa kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4