Teknik mudah menjawab bahagian C UPSR 2014

Teknik menjawab bahagian C  UPSR.

Kelemahan murid.

1.       Sering kali murid tidak dapat menjelmakan nilai seperti dalam kehendak soalan.
2.       Murid dapat menyatakan nilai namun huraiannya tidak merujuk kepada petikan yang diberikan. Walaupun huraiannya betul dan sesuai dengan nilai namun jika tidak merujuk petikan yang diberikan maka markahnya tidak cemerlang.
3.       Murid hanya menuliskan ayat dengan nilai sahaja dan tidak menuliskan huraiannya.
4.       Murid hanya meneka dan menuliskan nilai tanpa merujuk petikan.
5.       Murid gagal menuliskan nilai. (tidak memahami petikan).

Cadangan mengatasi masalah ini:

1. Kembali kepada asas (back to basic) iaitu dengan kembali merujuki buku teks.  Kemahiran ini sepatutnya telah diajarkan kepada murid semasa Tahun Lima iaitu bermula  muka surat 18 dalam buku teks. Selusuri dan imbas kembali serta buat ulangkaji kembali cara dan teknik yang disarankan dalam buku teks ini. Buku teks Tahun Enam ada dinyatakan dalam m.s 13 , 49, 105,107,111,131,136 dan beberapa muka surat lain yang tidak dinyatakan secara khusus namun menjurus kepada kaedah menjelmakan nilai  murni untuk aktiviti ini. Ingatlah bahawa pembinaan soalan UPSR hanya mengambil kira apa yang terdapat dalam sukatan pelajaran sahaja dan buku teks adalah kitab untuk UPSR.
2. Dalam buku teks juga menerangkan atau terdapatnya kemahiran mengaitkan maksud tersurat dan tersirat. (B.T  thn 5 m.s 118.) buat latihan ini kembali seperti di tahun lima.
3. Jika anda mengalami kekangan masa (masa semakin suntuk) maka teknik-teknik seperti yang saya sarankan di bawah ini boleh digunakan (ikut kesesuaian).

Teknik hafalan.

a. Murid menghafal sebanyak mungkin nilai murni yang termampu.
b.Murid  carikan makna untuk setiap nilai murni tersebut menggunakan kamus.
c. Binakan ayat yang berkaitan dengan nilai tersebut tanpa menuliskan nilainya dalam ayat tersebut.
d. Ulangi aktiviti ini sehingga mantap selepas itu barulah diberikan petikan sebenar untuk menguji murid.
Contoh:
1. Baik hati          -              suka menolong, suka membantu.
Ahmad berkongsi bekalan makanan yang di bawanya dari rumah dengan Ismail yang tercicir wang sakunya ketika waktu rehat di kantin.

Teknik Pelaziman.

a. Murid menghafal nilai murni.
b. Murid diberikan petikan dan membacanya kemudian setiap ayat yang terdapatnya nilai murni akan digarisi.
c. Murid menuliskan nilai pada bahagian atas ayat yang terdapat nilai murni.
d. Murid menuliskan nilai dan huraiannya.
e. Ulangi sekerap mungkin dan pastikan setiap latihan diperiksa oleh guru dan berikan bimbingan sekerap mungkin.
Teknik ini sesuai untuk kelas target A sahaja.

Kaedah Membuat Ulasan

1.       Membaca soalan dan memahami soalan.
2.       Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada:
Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah.
3.       Membaca ayat demi ayat  untuk mencari isi yang berkaitan dan garisi isi yang ditemui.
4.       Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni
5.       Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih.
6.       Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan
7.       Nilai negatif dalam petikan boleh dipositifkan.
Contoh: Amin tidak suka bersukan  -  Menjaga kesihatan.
8.       Menuliskan ulasan:
a.Berdasarkan petikan kita mestilah....
b.Sebagai seorang murid kita mestilah......
9.       Gunakan kata bantu untuk membina ulasan: seperti mestilah,mesti ,harus, haruslah, seharusnya,patut, patutlah, sepatutnya, hendaklah, dan lain-lain lagi

FAQ

1. Bilangan perkataan.

Walaupun arahannya jumlah perkataan tidak lebih 50 patah perkataan sahaja namun jika lebih daripada 50 patah perkataan markah tidak akan dipotong kerana mengikut logiknya huraian kepada nilai murni pastinya akan melebihi 10 patah perkataan apatah lagi jika murid mengambil terus huraiannya daripada petikan tanpa mengedit terlebih dahulu di samping itu, penanda wacana dan juga pendahuluan juga pastinya akan menambahkan bilangan perkataannya. Namun, kawalan perlu diberi perhatian juga agar jumlah perkataannya tidak terlalu banyak hingga menjejaskan fungsi “bahagian C” itu sendiri yang merupakan sekadar membuat ulasan dan bukannya menuliskan sebuah karangan.

2. Penanda wacana.

Penggunaan penanda wacana adalah “harus” kerana murid perlu menulis sekurang-kurangnya satu penanda wacana untuk mendapat markah yang cemerlang. Namun, dinasihatkan supaya jangan menuliskan terlalu banyak penanda wacana dalam ulasan kerana akan menjejaskan mutu ulasan itu. Masalah ini berlaku kerana murid lemah dalam menggunakan penanda wacana yang sesuai dengan ayat yang dituliskan menyebabkan tiada pertautan idea antara idea sebelum dan idea selepasnya dan menyebabkan  ulasan tidak cemerlang.
3. Menuliskan lebih daripada 5 nilai.
Murid sepatutnya patuh kepada arahan kerana arahan meminta Lima Nilai sahaja maka murid perlulah menuliskan 5 nilai sahaja. Kegagalan untuk patuh kepada arahan memungkinkan murd mendapat markah tidak cemerlang.

Contoh soalan UPSR 2010

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah

Sahabatku Fadhil,
      Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran  Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya.
      Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri,  dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang, Kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.
      Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke “Underwater World”,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
      Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.


Langkah 1.

Menyenaraikan semua idea yang diperolehi.
Nilai dalam teks(tersurat)
Nilai yang ditukar(tersirat)
Menceritakan pengalaman
Berkongsi pengalaman/idea
Setiap detik...kami manfaatkan
Menghargai masa
Mengunjungi.....tempat bersejarah
patriotisme
Kagum akan keindahan alam
Menghargai alam/bersyukur
Meminta kebenaran
Menghormati guru
berbaris
berdisiplin
Membeli....yang perlu sahaja
Bijak berbelanja/berjimat
Dipesan oleh ibu
Patuh/taat
Membeli cenderamata
Mengingati kawan/baik hati

Langkah 2

Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat
      Bersemangat patriotik
      menghormati guru
      berdisiplin
      berjimat
      baik hati

Langkah 3.

Kembangkan idea mengikut petak lajur lima
Objek
Kata bantu
nilai
Kata hubung
huraian
Kita
patut
Bersemangat patriotik
dengan
Melawat tempat bersejaran
Kita
mesti
Menghormati guru
dan
Mendengar nasihat
kita
mestilah
berdisiplin
dengan
beratur
kita
hendaklah
berjimat
dengan
Membeli barang-barang yang penting
kita
sepatutnya
Baik hati
dengan
Membeli cenderamata

Langkah 4.

Membina ayat ulasan

          Nilai yang diperoleh ialah kita patut bersemangat patriotik dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melawat dalam negara. Selain itu, kita mesti menghormati guru dan mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat. Seterusnya kita mestilah berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan. Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli barang-barang yang penting sahaja. Akhirnyai, kita sepatutnya baik hati terhadap kawan-kawan dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4