Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR
Kata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang: (a) konkrit , iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat. (b) abstrak , iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. • Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. • Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu - pengetahuan . KATA GANTI NAMA TUNJUK • digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat. • ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu . Kata Ganti Nama Tunjuk Penggunaan Ayat contoh ini Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat. I...