Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru
Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru
Salam sejahtera saya ucapkan kepada
Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai
wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua
guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16
Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari
yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan
menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah
insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat
mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan
wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya
kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga
adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati
guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali
kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang
yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka
sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam
pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar
kita di sekolah
Sesungguhnya jasa
guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk
menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan