Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR

Kata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang: 

(a)    konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
(b)   abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
       Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
       Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu - pengetahuan .

KATA GANTI NAMA TUNJUK

          digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
          ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu

Kata Ganti Nama Tunjuk
Penggunaan
Ayat contoh
ini
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
  1. Ini jalan ke rumah Tok Penghulu.
  2. Bilik ini telah lama dikosongkan.
itu
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
  1. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja.
  2. Kaca mata itu sesuai untuk digunakan pada waktu malam.
















Kata Kerja Aktif 

Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i.
Contoh:
Mencari
Menjalani
Menggerakkan
Contoh Ayat:
i.   Samad membaca buku. (Ayat Aktif)
Samad – Pelaku
(Penyambut) – membaca apa? = Buku
ii.   Siti suka menaiki basikal.
Siti – Pelaku
(Penyambut) – Menaiki apa?  = Basikal 

Kata Kerja Pasif 

Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata Kerja yang mengandungi imbuhan ‘di’.
Contoh:
- Dicari
- Dijalani
- Digerakkan 

Contoh Ayat:
i. Buku dibaca oleh Samad. (Ayat Pasif)
        Apa yang dibaca oleh Samad? = Buku
        Buku itu dibaca oleh? = Samad
ii. Basikal telah dinaiki oleh Siti. (Ayat Pasif)
        Apa yang dinaiki oleh Siti? = Basikal
        Basikal itu dinaiki oleh? = Siti

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN 

1.       Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan  klausa yang menjadi keterangan .
2.       Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya

Contoh ayat:
                  Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
                  Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
Contoh ayat:
Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin.
              Persembahan itu akan dibatalkan.
    Sambutan persembahan itu dingin.

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

Ada 14 jenis kata majmuk yang telah mantap, iaitu:

suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab.

Sumber: http://prpm.dbp.gov.my

SENARAI KATA YANG MANTAP DIEJA SEBAGAI SATU PATAH PERKATAAN
 
1
antarabangsa
18
manakala
2
apabila
19
matahari
3
apakala
20
olahraga
4
bagaimana
21
padahal
5
barangkali
22
peribadi
6
beritahu
23
peribahasa
7
bumiputera
24
perikemanusiaan
8
darihal
25
pesuruhjaya
9
daripada
26
setiausaha
10
dinihari
27
sukacita
11
dukacita
28
sukarela
12
hulubalang
29
suruhanjaya
13
jawatankuasa
30
tandatangan
14
kadangkala
31
tanggungjawab
15
kakitangan
32
walhal
16
kepada
33
warganegara
17
kerjasama


Ulasan

  1. Tima kasih bnyk2 cikgu. mudah2an Allah membalas jasa cikgu di atas perkongsian ilmu ni....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4