Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.
Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Semua sekolah mempunyai perpustakaan sendiri. Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.

            Antara kebaikan menggunakan perpustakaan akan memupuk semangat membaca kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.

            Seterusnya, perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Ini juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

            Selanjutnya, kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana buku itu terdapat di perpustakaan.

            Di samping itu, kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita boleh membuat kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita juga  boleh membuat perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di perpustakaan.


            Akhir sekali, perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4