Latihan Bahagian C UPSR -Pantun
Latihan Bahagian C.
Tulis lima nilai murni atau
pengajaran yang kamu peroleh daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik
sebelum waktu senja;
Dari kecil
hinggalah dewasa,
Ibu
bapa membelai penuh manja.
Dalam sungai
dipasang bubu,
Masuk
seekor anak kelisa;
Sungguh mulia
jasamu ibu,
Sepanjang
hayat dikenang sentiasa.
Limau kasturi
jangan dilupa,
Beli
juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa
padamu bapa,
Sanggup
berkorban harta dan nyawa.
Kacang dicampur
santan kelapa,
Nasi
berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu
dan bapa,
Bersyukur
kita hidup bahagia.
Nilai yang dijelmakan.
- Membelai
penuh manja (Kasih sayang)
- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang
jasa)
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Menghargai)
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)
Contoh
Ulasan.
Berdasarkan
puisi, kita mestilah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan
kita dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah mengenang jasa
mereka dengan memberikan pencapaian yang cemerlang kepada kedua ibu bapa kita.
Seterusnya, kita haruslah menghargai seseorang dengan mengucapkan terima kasih.
Di samping itu, kita patutlah bersyukur kepada Allah kerana diberi kebahagian
hidup. Akhir sekali, kita sewajarnya hormat-menghormati antara satu sama lain
supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Back
BalasPadamBaik
BalasPadamBukan ke ulasan 3
BalasPadamperenggan
ini format baru laaaaaa
BalasPadamhaiyo ini format lama
BalasPadamkita nak format baru
Terbaik
BalasPadamTerbaik
BalasPadam