PROGRAM PILL




PROGRAM INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL) BAGI UPSR (Tahun 6) 
SK LENGA  2015.
1. Bidang keutamaan : Bahasa Melayu
a)      Matapelajaran : Bahasa Melayu Penulisan UPSR

2. Plan Intervensi : “Projek Asuh  & Projek Kasih”
      a) Meningkatkan bilangan calon “A” dalam Bahasa Melayu Penulisan UPSR
      b) Persediaan awal untuk sistem berpusatkan peperiksaan
      c) Memberi kemahiran dan teknik menguasai “A” dalam Bahasa Melayu Penulisan UPSR


3. Sasaran : Murid tahun 6 seramai 2 orang.
Bil
Nama murid
Jantina
Markah
Gred
1.
Nur Bt Musa
P
40
C
2.
Muhammad Al-Hafiz Bin Mohd Safingi
L
30
D
Jadual 1 :  Markah pencapaian murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu penulisan pada tahun 5 pada tahun 2014
4. Plan Tindakan :
       a) Mesyuarat penyelarasan program ( 20.01.2015)
       b) Penyediaan kertas konsep program (23.01.2015 hingga 27.01.2015)
       c) Penyediaan kertas-kertas soalan tahun lepas UPSR (2006 hingga 2014)
             (27.01.2015 hingga 29.01.2015)
       d) Jadual Waktu kelas dibina (dari jam 7.20pg hingga 1.10ptg)
       d) Pelaksanaan program (bulan March hingga bulan September)

Ø  Fasa Pertama (Projek “Asuh”)  
·         Kertas soalan Pra UPSR yang telah dinilai kualiti peperiksaan sebenar digunakan dalam fasa ini.
·         Tujuh kemahiran digabungjalinkan, iaitu :-
1.      Bacaan
2.      Menyoal
3.      Menerang
4.      Berbincang
5.      Fahaman
6.      Menghafal
7.      Drilling (latih tubi)
·         Pada sejam pertama,guru akan membincangkan kesemua 20 soalan yang telah dijawab oleh murid pada hari sebelumnya. Pada jam kedua pula guru mengaplikasikan teknik tujuh kemahiran melalui perbincangan jawapan murid.

Ø  Fasa Kedua – Projek Kasih)
·         Kertas soalan UPSR tahun – tahun lepas digunakan dalam fasa ini.
·         Berikut adalah aliran pelaksanaan Power 30 dalam masa 90 minit.
1.      15 minit jawab soalan Bahagian A ( Bina Ayat ) ; perbincangan jawapan oleh guru dengan murid selama 15 minit.
2.    15 minit perbincangan isi karangan, 25 minit menjawab soalan Bahagian B ( karangan ) ; guru akan menyemak karangan dan akan membimbing murid secara individu dan secara kelas pada 15 minit seterusnya.
3.      Murid akan menjawab soalan Bahagian C ( Nilai Murni ) pada 20 minit pertama dan perbincangan jawapan dengan guru selama 10 minit.

5. Guru Bertanggungjawab :
       a) Encik Mohd Zamri Bin Abdul Kadir (Guru matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 6)

6. Tarikh Perlaksanaan : Bulan Mac hingga September 2015

7. Jumlah Kos : Rm100.00

8. Kajian Impak Program :
a)      Murid dapat memahami teknik penulisan yang betul dan memberi keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR 2015.
b)      Pemantauan akan dilaksana dari semasa ke semasa oleh Guru Penolong Kanan kurikulum Tn Hj Zaidi Bin Mohd Ghazali  dan   Guru Besar SK Lenga.
c)      Skor pencapaian murid  akan catat di dalam buku markah yang telah disediakan.
d)     Refleksi PdP dicatat  untuk melihat keberkesanan pelan tindakan yang dirancang dan ini akan dipantau oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Besar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4