Latihan Cuti Sekolah Setengah Tahun 2014

Nama:______________________________________  Tahun:______________________
Latihan Cuti Sekolah

Garisi kesalahan dalam ayat-ayat di bawah:

1.    Adik gembira melihat abang yang baru pulang daripada asrama.
2.    Safwan suka makan goreng pisang panas yang dibeli oleh ibu.
3.    Dalam kehidupan, kita perlulah hidup saling bantu-membantu.
4.    Johari sanggup bertugas di perbatasan demi untuk keamanan negara.
5.    Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng dan mi rebus.
6.    Sultan Johor akan menyambut hari keputeraan beliau tidak lama lagi.
7.    Saya berharap rakan-rakan sekalian akan dapat memaafkan kesalahan saya.
8.    Mesyuarat itu diadakan ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul ketika ini.
9.    Beribu penduduk berkumpul untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu.
10.  Syamil berharap, dia akan dapat membantu kedua ibu bapanya apabila dewasa nanti.
11.  Semua murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sebaik-baik sahaja loceng berbunyi.
12.  Rawiah menghadiahkan ibunya seutas rantai emas dan sehelai selendang.
13.  Keesokkannya, datuk membawa saya memancing ikan di tali air yang berhampiran dengan rumah.
14.  Pemuda di zaman dahulu sanggup merantau untuk belajar seni mempertahankan diri.
15.  Mak Minah menjulang bakul di atas kepalanya sambil berjalan menuju ke kebun.
16.  Penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman terpaksa pergi ke bandar untuk membeli barang-barang keperluan.
17.  Marina menceritakan tentang sebuah pengalaman yang dilaluinya semasa cuti sekolah yang lalu.
18.  Cikgu Wardah  mengucapkan tahniah kepada Zailan di atas kejayaannya dalam  pertandingan pidato.
19.  Ayah menghadiahi sebuah basikal kepada adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
20.   Pihak Jabatan Kerja Raya sedang memperlebarkan jalan raya di kampung saya.


Memantapkan kemahiran menulis nilai

Tulis  nilai murni dan ulasannya.

1.Setiap hari Jamil bangun awal pagi.  Dia tidak mahu lewat ke sekolah.

Contoh: Kita hendaklah menepati masa seperti Jamil yang bangun awal pagi supaya tidak lewat
              ke sekolah.           
                             
2. Setiap hari Suraya bangun awal pagi.  Dia tidak mahu ketinggalan bas untuk ke
    sekolah.

3.  Kamal memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran yang diajar

4.  Menabung merupakan amalan yang baik.

5.  Gopal belajar bersungguh-sungguh tetapi keputusan peperiksaan tidak memuaskan.
     Namun dia tidak berputus asa.

6.  Selepas minum petang, Karim bermain bola sepak dengan kawan-kawannya.

7.  Salim menyiapkan kerja sekolahnya.

8.  Borhan bersarapan bersama-sama keluarganya.

9.  Harun bertanya kepada guru apabila dia tidak faham.

10.  Didi mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang telah membawakannya
      minuman.

11.Encik Daud  tidak menghiraukan lampu isyarat merah dan memecut keretanya
      kerana dia sudah lewat hendak ke tempat kerja.

12.  Murid-murid kelas 6 Ikhlas berdiri dan mengucapkan salam kepada Cikgu Salina
        yang baru masuk ke kelas mereka.

13.  Ridzuan dan kawan-kawannya singgah di sungai untuk mandi  dalam perjalanan
       mereka pulang dari sekolah.

14.  Farid masuk ke bilik kakak tanpa meminta izin daripada kakaknya.

15.  Rawiah membantu Cikgu Haslinda membawa buku-buku latihan ke bilik guru.

16.  Azam dan Iskandar berlumba-lumba ketika menunggang basikal dalam perjalanan
        pulang dari sekolah.

17.  Umairah mengemas tempat tidurnya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.

18.  Syafinaz  membawa beg Cikgu Qistina masuk ke bilik guru kerana dia suka
       membantu gurunya itu.

19.  Rusdi menonton televisyen sehingga larut malam menyebabkannya lewat bangun 
        pada pagi itu.

20.  Haafizi dan keluarganya  melancong  ke Melaka selama tiga hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4