Latihan Tatabahasa (Kata Adjektif)

Latihan Tatabahasa (Kata Adjektif)
Nama:_____________________________ Tahun:_______________
Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.
1.    Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu. [pahit/manis/pedas.]
2.    Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan       itu .[lembut/panjang/usang]
3.    Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ . [hancur/retak/pecah]
4.    Pokok-pokok yang  ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan  segera. [condong/bongkok/jatuh]
5.    Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya  semalam telah  _____________________. [tengik/busuk/basi]
6.    Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]
7.    Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk. [keras/kaku/beku]
8.    Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan  ringan.[empuk/lemau/lembik]
9.    Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika tidak ditutup dengan  ketat. [retas/rangup/lemau]
10.  Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________. [regang/sempit/longgar]
11.  Nordin sentiasa  _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam
        peperiksaan. [tekun/malas/benci]
12.  Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya. [ramah/angkuh/kejam]
13.  Malam ini ____________ benar. [rajin/pesar/gelap]
14.  Buah pokok durian itu ______________sekali. [lebat/banyak/garau]
15.  Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya. [pandai/malas/bingung]
16.  Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________ [hening/gopoh/hijau]
17.  Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat ______________________ [kasar/pelik/bodoh]
18.  Baju ___________________________ itu kepunyaanku. [merah/redup/cerah]
19.  Warna ________________________ tidak digemari oleh ramai orang. [hangit/perang/renek]
20.  Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________ ke mana-mana saja dia pergi. [panjang/singkat/labuh]
21.  Ayam jantan itu berbulu ___________________________. [kerdil/hitam/parau]
22.  Orang Eskimo sentiasa berbaju _____________ kerana iklim negeri itu sejuk. (sendat/tebal/kempis)
23.  Pokok itu ____________ kerana kekurangan baja. (renik/pendek/buncit)
24.  Kemerdekaan Negara itu tercapai hasil satu perundingan meja ______________ . (bulat/hijau/tebal)
25.  Bola ragbi berbentuk ____________.  (lonjong/dalam/dangkal/perak)
26.  Kotak hadiah itu berbentuk empat segi _____________  (merdu/bujur/gelap)
27.  Gasing ___________ kesayangannya  telah pecah. ( payau/leper/cetek/panjang)
28.  Matanya ____________ seperti buah badam. (kerdil/kelam/bundar)
29.  Perut Si Abu …………….  (leper/buncit/bundar)
30.  Tayar …………………itu segera ditukarnya. (kurus/kempis/bulat)
31.  Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu ……………  (lekuk/hitam/rending/parau)
32.  Kami tidak akan pergi kerana waktu amat ………………….  (lama/singkat/cemburu/tajam)
33.  Tiada kenderaan berenjin pada zaman …………………… (lampau/kini/sekarang)
34.  Usah dikenang waktu yang …………………….. (lama/silam/baharu/sejarah)
35.  Mereka segera pulang kerana hari sudah  …………………… (segera/lampau/lewat/cepat)
36.  Jam dinding itu ……………………..setengah jam.(suntuk.lambat/segera)
37.  Pemain …………………itu berasal dari utara. (renek/gopoh/lampai/rending)
38.  Dia selalu …………….peperiksaan.(daif/gopoh/bakhil/berat)
39.  Gadis itu terlalu ……………………untuk bertanya.(segan/pekak/berahi)
40.  Anak raja itu ……………… akan Puteri Bongsu.(berahi/nyaris)renek)
41.  Pemuda itu ………………….sangat akan gadis pingitan itu. (rindu/dendam/garang)
42.  Dia masih ………………….terhadap kejujuran pembantunya.(sangsi/kecur/khusyuk)
43.  Pisang muda rasanya …………………..(tawar/manis/kelat/lemak)
44.  Ubat ……………….itu untuk ayah.(pahit/lazat/gopoh)
45.  Air perigi  di rumah saya sangat …………………..(lincah/alpa/payau/empuk)
46.  Di pulau itu ada tasik air ………………….(tawar/kasih/ragu/gembur)
47.  Gulai itu tidak ………………….kerana kekurangan santan.(lemak/masin/pahit/kelat)
48.  Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda …………………….itu. (tampan/cantik/manis/kelu)
49.  Penyanyi itu mempunyai suara yang ……………….(hanyir/lunak/comel/licin)
50.  Penyanyi bersuara …………… itu baru berusia 5 tahun.(payau/mersik/manis/kelu)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4