RPH Menulis KSSR BM Thn 4



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA

TEMA
KESIHATAN
TAHUN
4
TAJUK
KLINIK 1 MALAYSIA
MASA
9.30 – 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
3.8.2
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  i.       Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan,  tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat dengan betul, kemas dan tepat.
AKTIVITI
1.      Murid  membaca senyap petikan “Klinik 1 Malaysia”.

2.      Guru meminta  murid menulis  perkataan berimbuhan yang disebut. Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan.

3.     Guru menyebut 3 ayat  dan murid menulis  ayat tersebut. Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan dan tanda baca.

4.     Murid menulis semula petikan yang terdapat kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat yang  diberi oleh guru.

5.      Murid menyemak dan mengedit serta memurnikan hasil penulisan itu berdasarkan jawapan yang dipamerkan.

Pemulihan
1.Murid mengedit  perkataan yang  terdapat kesalahan imbuhan  yang diberikan  oleh guru.

Pengayaan
1.Murid mengedit dan memurnikan semula beberapa petikan yang 
   diberi secara berpasangan.
  
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Pendidikan Kesihatan
Nilai  :  Menghargai
EMK :  Keusahawanan
KB    : , Mengecam  
BAHAN BANTU BELAJAR
LCD,, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan,  tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat dengan betul, kemas dan tepat.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

contoh karangan laporan perkhemahan

Karangan Fakta- Kebaikan Mengunakan Perpustakaan

TEMA-TEMA DALAM KSSR BM THN 4